Wednesday, June 13, 2007

Permata Hati Pa&Ma

Selamat datang ke blog Permata Hati Pa&Ma ……

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca di mana saja anda berada. Terima kasih kerana sudi singgah seketika dan meluangkan masa membaca coretan-coretan yang ditulis berdasarkan pengalaman dan cerita-cerita berkaitan diri dan keluarga saya.

Sebenarnya dah lama teringin nak menulis di blog sendiri ini. Tapi disebabkan “kesibukan” baru bergelar seorang mama, jadi akhirnya selepas tempoh berpantang baru ada ruang masa walaupun sentiasa sibuk melayan orang baru.

Tak mengapalah, janji coretan ini sempat ditulis, dikemaskini dan diselenggarakan pun dah cukup baik. Kehadiran cahaya mata yang pertama ini menguatkan lagi semangat untuk membina blog teristimewa dan khas untuk putera sulung kami ini agar segalanya terakam indah bersama memori-memori.

Memang dulu dah pasang niat nak bina laman web eksklusif keluarga sendiri, namun tinggal niat je. Sibuk kot, boleh terima ke alasan tu? Entahlah, tapi sejak ada blog atau weblog yang mungkin dah lama diperkenalkan di internet ni, (saya saja yang rasa baru), ia mudah untuk diselenggarakan dan dikemaskini. Tak kisahlah tu, dah ada blog macam ni pun dah kira ok. Sekurang-kurangnya boleh juga bagi alamat blog pada keluarga, kenalan, saudara mara yang jauh di mata tapi dekat di hati terutamanya keluarga suami saya yang berada di Perak.

Coretan-coretan di dalam blog ini akan mengandungi pelbagai kisah, cerita serta pengalaman yang ingin saya kongsi bersama dengan para pembaca. Mungkin juga boleh dijadikan panduan, pengajaran, pengalaman atau sekadar cerita-cerita saja. Oleh kerana putera sulung kami tu pun dah berusia 2 bulan pada 12 Jun 2007, cerita-cerita yang akan dipaparkan di sini adalah kisah-kisah pra dan pasca dari tarikh kelahirannya iaitu pada 12 April 2007 yang lalu.

Semoga anda “enjoy” membaca coretan-coretan kami ini…