Sunday, November 14, 2010

SYAHDU BAGIKU BILA...


selalu x korang dapat ucapan2 yang menyentuh perasaan???ala..ucapan yang paling istimewa drpd seseorang yang amat istimewa...hahaha..aku ni nak kata selalu..xla selalu sangat..tapi bila masa2 penting cam ari raya ke..besday ke..ulangtahun perkahwinan ke..insyaAllah suami aku xlupa nak bagi ucapan..


mmg bagi aku best sangat dan terharu..bunyinya cam romantik je gitu kan..hahaha..bolehla nak dikatakan camtu..sampai arini pon walhal dah 5 tahun kawin(aku kawin tahun 2005)..ktrg masih bersms cam masa bercinta dulu..setiap ari setiap masa dan setiap waktu..setiap kali gagang hp/tepon diletakkan ktrg WAJIB akan cakap..


"bye..syg..abg syg syg sayang..muaahhh.."...dan aku akan jawab..
"bye..abg..syg pon syg abang..muaahhh.."



sapa kata bila dah kawin xpayah nak bercinta..salah tu!!!masa dah kawinla lagi best kalau nak bercinta..xde sapa nak larang..xde sapa nak bising..boleh dekat2 xyah nak renggang2..hihi..
korang nak tau x apa kata2 yg aku terima tu???hihi..antara ucapan2 yang aku terima sepanjang perkahwinan kami ialah....jeng..jeng..jeng..hihi

ni masa aidilfitri tahun 2008..
salam aidilfitri 1429H drpd abg, suamimu yg mencintaimu syg.
maaf zahir batin. apa2 sjla yg berkaitan zahir & batin. terkurang ke terlebih ke.
terkurang makan ke terkurang minum ke. timekasih krn sentiasa berada dcc abg masa abg ber'uang' dan masa abg x ber'uang'. syg amat memahami abg. syg & firass(masa ni danish lom lahir lagi..hihi), kuaga kita yg betul2 memahami situasi & cerita kuaga kita.
semoga setahun kemarau yg melanda akan terhapus & diganti dgn siraman hujan yg pastinya akn memberikan air utk tanaman2 yg tumbuh menghijau & menghasilkan buah.
semoga kita semakin matang mghadapi & melayari bahtera kehidupan seharian. insyaAllah kita akan berusaha dan semoga perancangan kita menjadi kenyataan & mendapat keberkatan.

~salam sayang drpd abg untk syg & firass


ni plak masa selamat lahirkan danish..

salam syg. tahniah xterhingga drpd abg, suamimu tercinta. xterbayangkan keperitan, kesusahan, kepedihan, ketidakselesaan yg syg alami & lalui, semuanya membuatkan abg insaf & sedar betapa agungnya pengorbanan seorang ibu & is3 kpd suami. terima kasih syg kerana sudi melahirkan & membesarkan anak2 abg. ank2 kita berdua. insyaAllah akan kita lalui, tempuhi hari mendatang dgn lebih baik & lebih gigih. abg sbgai ketua keluarga , insyaAllah akan memikul amanah & tanggungjawab ini & berusaha sdaya upaya abg demi kuaga kita yg tercinta ini. semoga segala apa yg kita lakukan mendapat keberkatan dari Nya..insyaAllah..tahniah...tahniah...tahniah utk seorang mama & is3 yg tabah..

ni ucapan masa besday ke-23 aritu..so sweet..luv u abg...muaahhh...

keindahan pelangi adalah..keindahan wajahmu sayang...
yang sering bermain di mata..hatiku ini...
keharuman bunga kasihku..hanyalah untukmu sayang...
bagaikan pantai dan lautan..xkan terpisah..
kau umpama bunga yang mekar di hatiku..
kuharap kau mekarla selama-lamanya..
kau umpama bintang menyinari hidupku..
kuharap kau terus bersinar..

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE-23 SYG..
semoga panjang umo, murah rezki & dilimpahi keberkatan dunia & akhirat...
semoga kasih sayang kita bertambah2 & melimpah2 & disinari cahaya keberkatan utk selama-lamanya..
semoga kebahagiaan kita sekuaga disulami keceriaan putra2 tercinta firass dan danish.
semoga kejayaan demi kejayaan menanti selepas meniti titian pengalaman yg xbisa diperolehi tanpa melaluinya dgn penuh tabah & tawakal..
insyaAllah, kita harungi hari mendatang dgn penuh kesabaran & kesungguhan demi cita2 yg diimpikan ..insyaAllah, semoga kita beroleh keberkatan dan nur dariNya..
~drpd abg, insan kerdil & biasa yg bergelar suami Syg & papa firass & danish..


ni plak bila2 masa nak bagi..hihi..

abg syg syg selamanya..
percayalah...cintamu mekar dihati...
untukmu sayang...aku cinta padamu..


ini adalah di antaranya..banyak lagi ucapan yang suami aku bagi kat aku tapi xyahla aku tulis semua..kang penuh plak entry ni je..hihi...apa2 pon yang terjadi..aku sayang suami aku..kehadirannya dalam hidupku xmampu digantikan dengan apa2 sekalipon..Ya Allah..Kau satukan aku dengan suamiku, Ishak bin Mohd Hassim sebagai pasangan suami isteri yang Engkau redhai hingga ke akhirat kelak...ammmiiiiinnnn...