Wednesday, October 27, 2010
CITERKU BEBERAPA HARI INI...
Sunday, October 24, 2010
NAK TAU X PENGHABISAN CITER???HEHEHEHE
Saturday, October 23, 2010
BERSALIN DI MANA???KENAPA DI SITU???TIDAK DI SANA???
"ala..bersalin kat mana2 pon samaje..sakit tetap sakit..bukannya bila bersalin kat swasta tu xsakit langsung.."
"rugije bersalin kat swasta..kan samaje layanan yang ada kat hospital gomen"
"samaje kalau bersalin kat hospital gomen..doc jugak yang sambut(padahal bidan je..)"
"bersalin kat gomen la baru rasa nikmat org bersalin"
dll....................
aku berterima kasih banyak2 kepada en.suami kerana beliaulah yang mencadangkan dan menghantar aku ke PSH..kata beliau ini adalah hadiah untuk aku kerana mengandungkan dan melahirkan anaknya serta ingin memberikan keselesaan semaksimum mungkin untuk aku selain ingin mendapatkan khidmat rawatan yang terbaik(biasala..yang terbaik semestinya ada bayaran yang perlu dibayar..). dan yang paling penting ialah orang yang merawat aku itu semestinya pakar dalam bidangnya. doc yang dipilih untuk menyambut kelahiran baby kami juga sewajibnya seorang yang beragama ISLAM, MELAYU, dan PEREMPUAN. aku xnafikan ramai yang cuba mengatakan aku ni sorang yang cerewet (yang sememangnya bukan aku yang meminta tapi en.suami yang beria2 supaya aku bersalin di PSH)tapi seorang suami yang sayangkan isterinya semestinya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk isterinya yang tercinta.
sapa kata aku xmengalami nikmat bersalin..setiap fasa kelahiran aku jalani dengan penuh kesabaran..setiap bukaan cm aku tunggu..mana ada aku guna epidural..walaupon org kata pihak swasta hanya inginkan duit kita saja tapi tidak bagi aku di PSH. selagi tidak mendesak kenapa perlu menggunakan epidural..aku sendiri melalui proses itu secara normal tanpa sebarang bantuan ubat penahan sakit kecuali gas entonoks yang sedikit mengkhayalkan..ituje..dan alhamdulillah..kedua2 anakku dilahirkan secara normal tanpa sebarang alat bantuan..malah,setiap masa nurse yang terlatih akan temankan aku..xdela plak sorang nak jaga sana..sorang nak jaga sini..bila hampir bersalin..doc akan memberi kata2 semangat sehinggalah saat untuk melahirkan ..suami plak dibenarkan untuk menemani setiap masa(yela..kehadiran suami akan memberikan semangat dan doanya penting untuk memudahkan kelahiran).jadi suami tahu apa yang terjadi kepada isterinya(aku xnafikan di hsptl gomen pon suami dibolehkan untuk menemani isteri tapi ada hadnya..kadang2 hsptl yang ni blh..hsptl yang tu xblh..mcm2..)..kalau nak ke tandas..nurse sentiasa temankan walaupon tandasnya hanya beberapa langkah dari katil(sbb labour room ada bilik air sendiri..)..ada pintu sendiri..xde pakai tirai2 yang membolehkan secara sengaja @ xsengaja terselak yang memungkinkan org lain tengok..anak yang lahir terus disambut oleh doc yang berpengalaman, jahitan yang disertakan bersama bius..dan sentiasa dipantau kesihatan selagi kita xbalik umah..bila dah nak balik pon..nurse yang bertugas sentiasa menyapa mesra..ada cenderamata lagi nak bawa balik..
baby yang dijaga di nurseri juga dijaga dengan baik..(sekurang2nya selepas penat melahirkan, ada nurse yang akan menjaganya sekejap..bila tiba waktu menyusu nurse sendiri akan hantar pada kita..kalau nak amik sendiri pon boleh)..sesudah dilahirkan baby akan segera di peksa pula oleh pakar kanak2 plak..masa tu juga di peksa skor apgar, kadar denyutan jantung, keabnormalan jantina dan seminggu selepas bersalin..peksa tahap pendengaran menggunakan sejenis alat untuk memastikan ketidakpekakan bayi..
Wednesday, October 20, 2010
KELAHIRAN MUHAMMAD NUR DANISH AQEEL BIN ISHAK
Sunday, October 17, 2010
SALINDAH ONLINE...BERSALIN MUDAH ,,, PENGALAMAN TERINDAH...
- B 1 : memberi zat mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu yang mengandung...
- lain2 : demam, selesema, batuk, terpukul lebam, bengkak sendi, radang2, luka(hancurkan B1 dan tabur atas luka), berdarah, pecah penjarum, muntah, sakit kepala, sakit gigi, dan tambah darah ntuk orang pucat
- B2 : untuk tumbesaran janin, menguatkan tulang dan membina otak janin
- lain2 : kurang selera makan, tambah darah dan sakit dalam tulang
- B3 : untuk pembinaan saraf dan otak serta mencegah simpul biawak
- lain2 : payah tidur, pelupa, malas2
- B4 : memperbetulkan kedudukan bayi, menghilangkan alamat palsu, mengendur dan menganjal otot2 pencerut kawasan saluran peranakan untuk memudahkan kelahiran bayi
- lain2 : masalah meroyan lama, senggugut, sakit kepala berdenyut
- B5 : remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4. memberi daya teranan labour sewaktu bersalin
- lain2 : tiada
- B6 : menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat serta menguatkan daya teranan dan memudahkan untuk keluarnya anak
- lain2 : tiada
*SELEPAS BERSALIN (RM215.00)
- L7 : remedi cecair ini bagi menyembuhkan luka dan jahitan dengan cepat. boleh digunakan sebagai sapuan di bahagian pusat bayi.
- lain2 : luka, calar, dibuat basuhan dan kompres
- L8 : membantu mengurangkan rasa sakit2, menghentikan darah dan mencegah sakit meroyan
- lain2 : sakit kepala berdengap, demam, garing, sakit bila menelan, batuk, bisu sedang menjadi, sakit mata merah, hidung berdarah, meracau dan menjerit
- L9 : menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa2, membetulkan urat2 yang putus dan menyusun semula alat peranakan
- lain2 : lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, ltih, lesu, tambah tenaga, hidung berdarah, cirit berdarah memulas, suara parau banyak cakap, mimpi gerun kisah kematian
- L10 : mempercepat rahim dan saluran peranakan mengecut semula
- lain2 : kuatkan gigi longgar, kuatkan umbi rambut, kulit pecah
- L11 : tonik istimewa untuk memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis
- lain2 : boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk seisi keluarga
- L12 : menjaga kesihatan ibu selepas bersalin agar sentiasa sihat dan cergas. memulihkan semula alat perkelaminan
- lain2 : sebagai tonik khusus untuk wanita dan masalah2 pada wanita
SATU SET LENGKAP SALINDAH (RM370.00)
p/s : *set salindah boleh dibeli secara berasingan
Saturday, October 16, 2010
SALINDAH..BERSALIN MUDAH..
inilah permata hatiku dan suami..
inilah susu yang diperoleh setelah aku menggunakan remedi untuk menambahkan pengeluaran susu..
leh la call@sms aku kat no ni.. 013-7781987 @ 019-7771974
atau emailje aku kat alamat annyss1987@yahoo.com.my
atau pm saje kat facebook aku. annyss love ishak
SELAMAT MENCUBA YE...
Thursday, October 14, 2010
LAYANAN ISTIMEWA SEORANG SUAMI KEPADA ISTERINYA YANG BERPANTANG...
pas dapat lampu hijau balik umah..dah snap beberapa gambar(masa ni kamera digitalnyer mengong..banyak gambar yang xde..mencik!!!)..aku pon boleh balik..sebelom balik dah melantak dulu ngan set lunch kat hospital..nasi putih berlauk daging black pepper ngan sup ayam beserta 2 potong epal..(aku yang pilih..mmg layanla beb..hahaha). aku sampai je kat umah dah petang jadi xmandila..hahaha(sejuk beb..penat.tertido plak..lalala)
masa ni aku dapat 6 kuntum bunga ros yang bermakna "I LOVE U SO MUCH MUAAHHH".) cuba kira..cukup 6 kan?hahaha..kalau rajin nak kira la..hehehe..bila dah balik umh..mak la yang jaga makan minum aku..yang lain2 en.suami yang jaga..mmg kesian sangat(penat balik keje kena jaga aku plak..tapi abg yang nak jaga..)
bayangkanla..bila nak mandi..suamiku inilah yang menjirus air ke badan aku ni..dia jugala yang letak syampu dan dia jugalah yang menunggu aku ketika aku hendak menunaikan 'hajat'..pad(yela..ibu2 yang bersalin kan pakai pad sebab banyak darah) pon en.suami yang tolong pakaikan dan segalanya2 mmg en.suami yang wat..aku ni dah terlalu manja sehinggakan 1 ari tu nurse desa dtg nak cek..aku cakapla yang aku xtau nakwat kalau abg xde..nurse tu pon pelik dan cakap "besnyer awak..ada ea org yang dimanjakan camtu sekali..ni kena citer kat klinik ni..kelakarla citer awkni..hahaha".masa aku bersalin ni umo aku 19 tahun.suami plak 32 tahun..ntahla..mmg dimanjakan sangat..hahaha...
KELAHIRAN CAHAYA MATA PERMATAKU..MUHAMMAD NUR FIRASS IRFAN BIN ISHAK
BUNGA 6 KUNTUM PEMBERIAN SUAMI YANG BERMAKNA " I LOVE U SO MUCH MUAAHH"
aku bersalin 2 minggu awal dari tarikh yang sepatutnya..malam tu aku sempat lagi g jusco taman u..hahaha..berjalan je..(dari awal ngandung mmg asik jalan je..xpenahnyer lekat kat umah). tapi malam tu aku asik nak terbuang air kecilje(sopan la sikit ayat ni..hehe). dah tu perut tu memulas cam kena cirit-birit. jadinya xjadila nak makan kat tempat biasa..bungkusla bawak balik..sampai umah terus g tandas..mmg kua isi perut dan sakit pon hilang..ntah apa firasat aku masa tu aku cakap ngan en. suami yang aku nak abiskan mister potato sebab kalau aku bersalin sok pon..aku xheranla tengok org makan masa aku pantang..
FIRASS SEJURUS DILAHIRKAN..
sepanjang malam tu aku tido seperti biasa dan sangat lena..(tu yang mmg org semua xcaya cakap aku). 5 pagi camtu aku terasa nak buang air besar plak..k la aku g..6 pagi nak buang air kecil plak..dah selesai semuanya aku pon nakla sambung baring2 kat katil..tapi ada terasa2 air suam2 camtu lajuje kua dan basahkan tilam aku..aku pon fikir yang tadi aku kan dah g tandas..xkan banyak lagi air *****nyer...aku pon jerit panggil en.suami..nasib dia lambat g sekolah aritu..siap2 semuanya aku pon bertolak ke putri specialist(bukan nak berlagak pilih private tapi sebab en. suami xnak nurse yang sambut tapi tangan doktor jugak yang sambut..doktor tu plak WAJIB pompuan, melayu dan islam...(terima kasih abang untuk segalanya..)
6.30 pagi camtu aku ngan en.suami pon naikla keta g hospital..kat dalam keta tu barula nakwat air selusuh..tu la sebab ingatkan masih jauh tarikh bersalinnya..ha kan dah kelam-kabut..perrgghh masa kat dalam keta tu pinggang aku dah cam nak tercabut dibuatnya..saki siot tapi syokk..(apakah statement ni benar???hahaha)..en.suami sentiasa memberikan kata2 peransang..sesampainya di putri specialist..hilang plak sakit pinggang tu..dah xsakit plak..tapi air ketuban tu masih lagi mengalir keluar..aku terus dibawa ke labour room dan bila dipeksa dah terbuka 3cm. doktor kata mungkin bersalin sok paginya(jam tunjuk pukul 8.30 pagi) sebabnya selalunya bukaan mengambil masa 1cm =1 jam..pergghh lama tu..jadi ada 7 jam lagi..jadi pihak hospital bagi milo ngan sandwich untuk bagi tenaga sebab pastu dah xleh makan(sebab risiko kena bedah yang xdijangka)..
JOM SAMBUNG TELENOVELA YANG TERHANGAT DI PONTIAN...
kalau diikutkan mmg banyak yang x setuju dengan hubungan kita org sebab masa tu aku baru nak amik SPM dan keadaan yang agak ribut ketika itu..(yela..mana xribut..1 daerah pontian tau mengenai hubungan cinta di antara aku dan dia malah cikgu ishak juga baru di sekolah tu jadi asal usulnya xbanyak yang diketahui..kebanyakkan sekolah menelefon sekolah aku untuk mengesahkan kejadian ini. tapi pengetua aku ketika, ms. lim jit eng menjawab dengan berhemah dan meminta cikgu ishak supaya meredakan keadaan sehinggalah aku tamat SPM). perrggghhh..mmg aku tabik betulla ngan pengetua aku tu..xtaula kalau ada pengetua camtu lagi sekarang..hehehe..aku terlalu buntu untuk teruskan hubungan ni..jadi aku watla solat istikharah dan minta petunjuk sekiranya dia untukku, dekat2kanla dia denganku dan sekiranya bukan jodohku dengannya..jauh2kan aku dengannya..alhamdulillah..usai aku wat solat tu aku semakin mudah untuk berhubungan dengannya diikuti restu ayah dan ibuku(yang sememangnya aku xpenah sangka pon ayahku dengan mudah merestuiku..alhamdulillah).
Sunday, October 10, 2010
CITERKU..DULU-DULU..
aku kenal ngan si dia di sekolah menengah..waktu tu tahun 2004, aku masih berada di tingkatan 5..kalau diikutkan aku ni memang dikenali di sekolah..maklumla makcikku merangkap adik bongsu emakku ketika itu guru kanan teknik vokasional manakala pakcikku yang merupakan adik abahku menjadi keunselor di sekolah yang sama..aku plak mmg aktif di sekolah apatah lagi aku seorang pengawas dan menjadi juruacara setiap majlis yang dianjurkan di sekolah.
nak dijadikan citer..aku mewakili pasukan bahas sekolah untuk kedua kalinya..aku mmg diletakkan di posisi pembahas pertama sebabnya aku masih ingat yang cikguku waktu itu iaitu cikgu haliza mengatakan yang mukaku ini ada pemanisnya dan mulut aku yang kecikni comel macam mulut burung..hehehe..itu aku xpasti..kalau nak tau kena tanya sendirila kat cikgu aku..hahaha..
bila dah mula sesi persekolahan yang baru..biasala..cikgu baru pon ramai gak termasukla trio 3 bujang yang pada mulanya aku mmg xamik pot pon kehadiran diorang kat sekolah aku..trio yang dimaksudkan ialah cikgu anuar sany, cikgu zamree dan cikgu ishak..ala..kalau aku amik tau pon apa pekdahnya pada aku..jadi aku boo layan jla..hahaha
bila dah nak mula pertandingan bahas tu..aku dengan kawanku, maizura telah dipanggil untuk masuk ke library untuk sesi pengenalan..masa tu cikgu2 baru ni belom masuk lagi dan kita org bacalah bahan yang diberikan...tak lama lepas tu cikgu haliza bagitau yang ada cikgu baru yang akan menyertai pasukan bahas sekolah..ok la..aku xkisah sangat sesapa pon..tak lama lepas tu..salam diberikan di luar pintu library..masukla cikgu anuar sany dengan kawannya, cikgu ishak ni..dalam hati aku terdetik untuk berkata2 sendirian setelah nampak stokin salah seorang cikgu baru tersebut koyak di bahagian ibu jarinya..(kiranya monolog dalamanla ni)..hahaha..jahatnya aku ni..lalala..bila dikenalkan kepada kami..kami mengangguk mengiyakan..jadinya..kawan aku si mai ni kenalah berlatih bersama jabir(salah seorang ahli kumpulan kami)dan diketuai oleh cikgu ishak ni..aku dibagitau oleh mai yang cikgu ishak ni asyik2 cakap dengan jabir..napala xcakap dengan dia..aku dengan mai pon membuat kesimpulan yang cikgu ni gay kot..hehehe..
hari2lah berlatih bahas..mmg xpernah bercakap pon ngan cikgu ishak ni..pemalu sangat..pendiam lagi..susah beb..cakapla ngan cikgu nuar ni..dia memang banyak citer..peramah sangat dan suka sangat menyanyi..bila dah terlalu peramah camtu..aku memberanikan dirila minta no fon cikgu nuar..barulah cikgu ishak tu nak bagi no fon dia...sajelah..waktu tu baru ada handphone jadi jakunla sikit..hahaha..jadi bila dah ada no baru..cikgu plak baru jadi matlamat baru disasarkan..hehehe..aku telah memberi sms yang agak melampau..(apakah itu???teng teng teng..hehehe). aku telah mengenakan cikgu nuar dengan sms yang telah memberikannya gelaran sebagai "en. nuk"..kependekkan kepada tenuk dan cikgu ishak sebagai "en.nyet" kependekkan kepada monyet..mula2 takut gak tapi tengok cikgu berdua ni steady je..relaxla..hahaha..mmg syok la kenakan diorang ni..lalala
jadinya bila dah dapat no fon..mulalah bersms setiap masa senggang..hehehe..tapi bukanla sms apa sangat..tanya blaja katne..makan pe arini..ala..soalan2 tipikal je..tapi aku hanya sms ngan cikgu nuar je sebab waktu tu cikgu ishak xde kredit ..aku ye kan jla dan setiap kali aku tanya cikgu ishak tengah wat pe..mesti jawapannya main badminton kat sekolah(sekarang xde pon..hehehe)..sehinggalah sampai 1 ari tu..aku cakap aku nak tukar no fon sebab ada seseorang yang suka mengganggu aku..aku cakap ngan cikgu nuar..xyahla bagitau kat cikgu ishak yang aku nak tukar no sebab kalau dia tau pon bukannya dia nak sms aku balik..xsangkalah aku cikgu ishak cakap ngan cikgu nuar "bagitau kat anisa tu..kalau aku dah ada kredit..aku mesti balas semua sms yang dia bagi sampai xterbalas2 lagi.."..dan dia mengotakan janjinya..
xsilap aku..seingat aku waktu tu hari last pertandingan bahas dijalankan dan memang dah tertulis kot pasukan aku xdapat melangkah ke peringkat negeri seperti tahun lepas(tapi aku dah g peringkat negeri masa form 4 dan pada tahun 2004 aku berjaya membawa gelaran "PEMBAHAS TERBAIK DAERAH PONTIAN")hehehe..kawanku menangis teresak2 xberpuas ati dengan keputusan kemenangan yang tidak menyebelahi pasukan bahas sekolah kami..aku pon menceritakan hal yang berlaku kepada cikgu nuar dan dia telah mencadangkan untuk membawa kami bertiga(pasukan bahas utama mmg 3 org je) makan kat KFC Pontian..aku xkisah dah kita org pon di bawa ke sana menaiki kancil biru kepunyaan cikgu ishak..
tunggu kesinambungan citer ye....