Sunday, October 10, 2010

CITERKU..DULU-DULU..

hahaha..aku xtau la nak mulakan camne tapi aku sebenarnya nak citer camne aku leh jumpa ngan si kekasih hatiku..EN.ISHAK MOHD HASSIM..hahaha..


aku kenal ngan si dia di sekolah menengah..waktu tu tahun 2004, aku masih berada di tingkatan 5..kalau diikutkan aku ni memang dikenali di sekolah..maklumla makcikku merangkap adik bongsu emakku ketika itu guru kanan teknik vokasional manakala pakcikku yang merupakan adik abahku menjadi keunselor di sekolah yang sama..aku plak mmg aktif di sekolah apatah lagi aku seorang pengawas dan menjadi juruacara setiap majlis yang dianjurkan di sekolah.

nak dijadikan citer..aku mewakili pasukan bahas sekolah untuk kedua kalinya..aku mmg diletakkan di posisi pembahas pertama sebabnya aku masih ingat yang cikguku waktu itu iaitu cikgu haliza mengatakan yang mukaku ini ada pemanisnya dan mulut aku yang kecikni comel macam mulut burung..hehehe..itu aku xpasti..kalau nak tau kena tanya sendirila kat cikgu aku..hahaha..

bila dah mula sesi persekolahan yang baru..biasala..cikgu baru pon ramai gak termasukla trio 3 bujang yang pada mulanya aku mmg xamik pot pon kehadiran diorang kat sekolah aku..trio yang dimaksudkan ialah cikgu anuar sany, cikgu zamree dan cikgu ishak..ala..kalau aku amik tau pon apa pekdahnya pada aku..jadi aku boo layan jla..hahaha

bila dah nak mula pertandingan bahas tu..aku dengan kawanku, maizura telah dipanggil untuk masuk ke library untuk sesi pengenalan..masa tu cikgu2 baru ni belom masuk lagi dan kita org bacalah bahan yang diberikan...tak lama lepas tu cikgu haliza bagitau yang ada cikgu baru yang akan menyertai pasukan bahas sekolah..ok la..aku xkisah sangat sesapa pon..tak lama lepas tu..salam diberikan di luar pintu library..masukla cikgu anuar sany dengan kawannya, cikgu ishak ni..dalam hati aku terdetik untuk berkata2 sendirian setelah nampak stokin salah seorang cikgu baru tersebut koyak di bahagian ibu jarinya..(kiranya monolog dalamanla ni)..hahaha..jahatnya aku ni..lalala..bila dikenalkan kepada kami..kami mengangguk mengiyakan..jadinya..kawan aku si mai ni kenalah berlatih bersama jabir(salah seorang ahli kumpulan kami)dan diketuai oleh cikgu ishak ni..aku dibagitau oleh mai yang cikgu ishak ni asyik2 cakap dengan jabir..napala xcakap dengan dia..aku dengan mai pon membuat kesimpulan yang cikgu ni gay kot..hehehe..

hari2lah berlatih bahas..mmg xpernah bercakap pon ngan cikgu ishak ni..pemalu sangat..pendiam lagi..susah beb..cakapla ngan cikgu nuar ni..dia memang banyak citer..peramah sangat dan suka sangat menyanyi..bila dah terlalu peramah camtu..aku memberanikan dirila minta no fon cikgu nuar..barulah cikgu ishak tu nak bagi no fon dia...sajelah..waktu tu baru ada handphone jadi jakunla sikit..hahaha..jadi bila dah ada no baru..cikgu plak baru jadi matlamat baru disasarkan..hehehe..aku telah memberi sms yang agak melampau..(apakah itu???teng teng teng..hehehe). aku telah mengenakan cikgu nuar dengan sms yang telah memberikannya gelaran sebagai "en. nuk"..kependekkan kepada tenuk dan cikgu ishak sebagai "en.nyet" kependekkan kepada monyet..mula2 takut gak tapi tengok cikgu berdua ni steady je..relaxla..hahaha..mmg syok la kenakan diorang ni..lalala

jadinya bila dah dapat no fon..mulalah bersms setiap masa senggang..hehehe..tapi bukanla sms apa sangat..tanya blaja katne..makan pe arini..ala..soalan2 tipikal je..tapi aku hanya sms ngan cikgu nuar je sebab waktu tu cikgu ishak xde kredit ..aku ye kan jla dan setiap kali aku tanya cikgu ishak tengah wat pe..mesti jawapannya main badminton kat sekolah(sekarang xde pon..hehehe)..sehinggalah sampai 1 ari tu..aku cakap aku nak tukar no fon sebab ada seseorang yang suka mengganggu aku..aku cakap ngan cikgu nuar..xyahla bagitau kat cikgu ishak yang aku nak tukar no sebab kalau dia tau pon bukannya dia nak sms aku balik..xsangkalah aku cikgu ishak cakap ngan cikgu nuar "bagitau kat anisa tu..kalau aku dah ada kredit..aku mesti balas semua sms yang dia bagi sampai xterbalas2 lagi.."..dan dia mengotakan janjinya..

xsilap aku..seingat aku waktu tu hari last pertandingan bahas dijalankan dan memang dah tertulis kot pasukan aku xdapat melangkah ke peringkat negeri seperti tahun lepas(tapi aku dah g peringkat negeri masa form 4 dan pada tahun 2004 aku berjaya membawa gelaran "PEMBAHAS TERBAIK DAERAH PONTIAN")hehehe..kawanku menangis teresak2 xberpuas ati dengan keputusan kemenangan yang tidak menyebelahi pasukan bahas sekolah kami..aku pon menceritakan hal yang berlaku kepada cikgu nuar dan dia telah mencadangkan untuk membawa kami bertiga(pasukan bahas utama mmg 3 org je) makan kat KFC Pontian..aku xkisah dah kita org pon di bawa ke sana menaiki kancil biru kepunyaan cikgu ishak..

tunggu kesinambungan citer ye....