Thursday, October 14, 2010

LAYANAN ISTIMEWA SEORANG SUAMI KEPADA ISTERINYA YANG BERPANTANG...




hehehe..dah banyak dah aku citer kat dalam ni..bosan xbosan jla korang baca ye..hehehe..kali ni aku nak citer pengalaman aku berpantang masa anak yang sulung lahir...baby yang kua kecikje..2.55kg sebabnyer mungkin aku amalkan pemakanan SET LENGKAP SALINDAH..aku bukan nak jual salindah kat sini tapi mmg banyak kebaikan yang diperolehi untuk ibu yang mengandung dan anak yang mengandung..alhamdulillah..sepanjang kehamilan aku xmengalami sebarang masalah kecuali muntah2..tu je..(yela..muntah2 ni bagus sebab kalau kiter muntah maknanya hormon kiter menjalankan tugasnya dengan baik dan ini akan menjaga kedudukan baby di dalam rahim)..selain tu mmg xde masalah sampaila aku bersalin.set salindah ni pon en.suami yang bagi..(timekasih lagi la untuk en.suami)

pas dapat lampu hijau balik umah..dah snap beberapa gambar(masa ni kamera digitalnyer mengong..banyak gambar yang xde..mencik!!!)..aku pon boleh balik..sebelom balik dah melantak dulu ngan set lunch kat hospital..nasi putih berlauk daging black pepper ngan sup ayam beserta 2 potong epal..(aku yang pilih..mmg layanla beb..hahaha). aku sampai je kat umah dah petang jadi xmandila..hahaha(sejuk beb..penat.tertido plak..lalala)

masa ni aku dapat 6 kuntum bunga ros yang bermakna "I LOVE U SO MUCH MUAAHHH".) cuba kira..cukup 6 kan?hahaha..kalau rajin nak kira la..hehehe..bila dah balik umh..mak la yang jaga makan minum aku..yang lain2 en.suami yang jaga..mmg kesian sangat(penat balik keje kena jaga aku plak..tapi abg yang nak jaga..)

bayangkanla..bila nak mandi..suamiku inilah yang menjirus air ke badan aku ni..dia jugala yang letak syampu dan dia jugalah yang menunggu aku ketika aku hendak menunaikan 'hajat'..pad(yela..ibu2 yang bersalin kan pakai pad sebab banyak darah) pon en.suami yang tolong pakaikan dan segalanya2 mmg en.suami yang wat..aku ni dah terlalu manja sehinggakan 1 ari tu nurse desa dtg nak cek..aku cakapla yang aku xtau nakwat kalau abg xde..nurse tu pon pelik dan cakap "besnyer awak..ada ea org yang dimanjakan camtu sekali..ni kena citer kat klinik ni..kelakarla citer awkni..hahaha".masa aku bersalin ni umo aku 19 tahun.suami plak 32 tahun..ntahla..mmg dimanjakan sangat..hahaha...



dah tu pakai bengkung, param semuanya suami aku yang wat..aku xtaula ada x lelaki yang camtu kat lua sana tapi bagi aku suamiku dah memberi layanan yang xtaula nak dibagi bape bintang dan aku bersyukur sangat kepada Tuhan sebab dikurniakan suami yang sangat penyayang dan sangat2 memanjakan aku sejak bercinta hinggalah ke hari ini..

KELAHIRAN CAHAYA MATA PERMATAKU..MUHAMMAD NUR FIRASS IRFAN BIN ISHAK



INILAH MUHAMMAD NUR FIRASS IRFAN BIN ISHAK...
ok.. aku nak citer plak tentang kelahiran anakku yang sulung yang memang ditunggu2 oleh semua orang..banyak kenangan ketika aku mengandung dan melahirkan abg iyass ni..hehehe..masa aku ngandungkan firass, aku tinggal kat taman sentosa, pekan nanas..banyak binatang2 yang datang umah kami waktu tu..hahaha..ada kelawarla..kura2la(ntah mana sesat tiba2 ada kat depan pagar umah aku)..burungla sampai sesat masuk dalam kamar tido utama( sampai abahku cakap "anak ko ni mesti laki ni..tu yang burung datang tu), ulat gonggokla, salamander pon ader, katak lagi masuk lubang jamban..ntah pape kan..kenangan..aku ni masa ngandung memang xreti nak duk diam..xtaula napa..asik nak jalan..nak makan..(sampaila sekarang berat tu dah cam xnak pegi dari badan aku..huh..

BUNGA 6 KUNTUM PEMBERIAN SUAMI YANG BERMAKNA " I LOVE U SO MUCH MUAAHH"


aku bersalin 2 minggu awal dari tarikh yang sepatutnya..malam tu aku sempat lagi g jusco taman u..hahaha..berjalan je..(dari awal ngandung mmg asik jalan je..xpenahnyer lekat kat umah). tapi malam tu aku asik nak terbuang air kecilje(sopan la sikit ayat ni..hehe). dah tu perut tu memulas cam kena cirit-birit. jadinya xjadila nak makan kat tempat biasa..bungkusla bawak balik..sampai umah terus g tandas..mmg kua isi perut dan sakit pon hilang..ntah apa firasat aku masa tu aku cakap ngan en. suami yang aku nak abiskan mister potato sebab kalau aku bersalin sok pon..aku xheranla tengok org makan masa aku pantang..

FIRASS SEJURUS DILAHIRKAN..

sepanjang malam tu aku tido seperti biasa dan sangat lena..(tu yang mmg org semua xcaya cakap aku). 5 pagi camtu aku terasa nak buang air besar plak..k la aku g..6 pagi nak buang air kecil plak..dah selesai semuanya aku pon nakla sambung baring2 kat katil..tapi ada terasa2 air suam2 camtu lajuje kua dan basahkan tilam aku..aku pon fikir yang tadi aku kan dah g tandas..xkan banyak lagi air *****nyer...aku pon jerit panggil en.suami..nasib dia lambat g sekolah aritu..siap2 semuanya aku pon bertolak ke putri specialist(bukan nak berlagak pilih private tapi sebab en. suami xnak nurse yang sambut tapi tangan doktor jugak yang sambut..doktor tu plak WAJIB pompuan, melayu dan islam...(terima kasih abang untuk segalanya..)


TERUS DILETAKKAN DI ATAS PERUTKU DAN DIBERSIHKAN ANGGOTA BADANNYA..

6.30 pagi camtu aku ngan en.suami pon naikla keta g hospital..kat dalam keta tu barula nakwat air selusuh..tu la sebab ingatkan masih jauh tarikh bersalinnya..ha kan dah kelam-kabut..perrgghh masa kat dalam keta tu pinggang aku dah cam nak tercabut dibuatnya..saki siot tapi syokk..(apakah statement ni benar???hahaha)..en.suami sentiasa memberikan kata2 peransang..sesampainya di putri specialist..hilang plak sakit pinggang tu..dah xsakit plak..tapi air ketuban tu masih lagi mengalir keluar..aku terus dibawa ke labour room dan bila dipeksa dah terbuka 3cm. doktor kata mungkin bersalin sok paginya(jam tunjuk pukul 8.30 pagi) sebabnya selalunya bukaan mengambil masa 1cm =1 jam..pergghh lama tu..jadi ada 7 jam lagi..jadi pihak hospital bagi milo ngan sandwich untuk bagi tenaga sebab pastu dah xleh makan(sebab risiko kena bedah yang xdijangka)..


ALHAMDULILLAH..FIRASS KINI HANGAT DI PELUKANKU..
en.suami sentiasa ada di sebelah untuk memberikan kekuatan..dia xkemana2 pon selagi aku xbersalin waima nak ke tandas sekalipon..(hehehe..syg abg!!!)..aku yang xbape nak sakit tu berbual2la ngan en.suami sambil bernyanyi2 kecil mengikut nyanyian yang dipasang di bilik itu. xlama pastu aku terasa seperti semakin sakit(jam pukul 10 pagi).kononnya nak bagitaula mak yang aku dah masuk hospital tapi kena tunggu mak balik dari dialisis pukul 12..nampaknya xkesampaian..hahaha..masa teran tu aku siap tarik telinga en.suami(kesian dia sampaikan nurse cakap nasib baik telinga suami awak xputus..hehehehe)..alhamdulillah..3x teran camtu kua la MUHAMMAD NUR FIRASS IRFAN BIN ISHAK pada jam 12.39 tengahari pada hari khamis bersamaan dengan 12 April 2007..dan en.suami terusla sms pada semua kenalan mengenai kelahiran baby sulung kami.. layanan yang diberikan mmg tip top..tu yang aku suka sangat bersalin kat putri specialist..terima kasih yang xterhingga kepada Dr. Noor Aini Shaari(Pakar Ginekologi) dan Dr. Tham(Pakar Prediatrik) serta staff yang bertugas pada hari tersebut..

JOM SAMBUNG TELENOVELA YANG TERHANGAT DI PONTIAN...



sesampainya kita org di KFC, kita org bertiga memilih untuk duduk di bahagian atas kerana berpendapat pandangan dari atas atas lebih menarik.. banyak yang kita org bualkan termasukla kekalahan kita org di pertandingan bahas... soalan2 jugak banyak berkisar tentang keadaan di pekan nanas dan latar belakang kita org..ntah la kenapa aku terasa sangat aritu(sebabnya cikgu ishak banyak bertanyakan pasal kawan aku yang sorang lagi ni) sampaikan ayam KFC yang memang kegemaran aku tu pon cam xselera nak abiskan..cikgu ishak tanyalah kat aku "eh anisa, napa xabis plak ayam tu..kalau xnak bagi je kat cikgu..""xpla cikgu, dah kenyang pon"(padahal perut tu bernyanyi2 xpuas ati sebab aku xkenyangkan dia..huh..

usai sudah makan kat KFC tu, kita org pon balik sebab dah petang sangat. makcik aku pon tertanya2..kenapalah agaknya cikgu2 bujang tu nak belanja kita org KFC. aku jawab jla xtau..hahaha..beberapa hari selepas tu barula cikgu ishak menelefon aku..mula2 nak sms je pastu dia tanya sama ada bolehke dia tepon aku..aku jawabla boleh(tapi dalam hati mmg tersangat2 boleh..hahaha). malam tu mmg terindah sangat bagi aku sebab ada cikgu bujang nak tepon aku..cayalah beb..hahaha..mmg xsangka2 betul..tapi malam tu masih menggunakan beberapa panggilan formalla seperti cikgu, saya, anisa dan pertanyaan mengenai hari2 persekolahan..

besoknya aku ceritalah semua kat kawan baik aku..hahaha..azzurita marzuki..dia sorang yang paling memahami aku sejak aku di tingkatan 1 lagi sampailah sekarang(timekasih bit..muaahhh)..tapi aku cakap ngan bit yang aku xmenaruh harapan(cam tajuk lagu zaiton sameon plak)..yela aku sedar diri..aku ni sapa..lagipon mungkin cikgu tu hanya memainje ke, dah ada tunang@ is3 kat kg ke..mana la aku tau kan..beberapa ari pastu..cikgu ishak tanya kalau nak jadi adik angkat dia.. k la..mmg aku suka sangat(suka kenapa ntah..hahaha)..panggilan yang agak formal(cikgu + anisa ) bertukar kepada yang xformal (abang + adik)..xsampai seminggu camtu cikgu ishak ajak upgrade kan hubungan tu menjadi pasangan kekasih(yeke?ye kot..hahaha)..disebabkan nak meyakinkan aku..dia tackle aku ngan 3 kuntum ros merah siap ada teddy bear kecik kat tengahnyer..aku ni plak yang xpenah dapat bunga ros(mmg kegemaran aku) menggigil siot. cam xcaya plak aku dapat bunga..hahaha..cikgu ishak kata 3 kuntum bunga ros tu bermakna "I LOVE U"..mmg best giler dapat bunga drpd cikgu..hehehe...dan panggilan itu bertukar lagi kepada abang + sayang(panggilan yang kekal sehingga aku sah menjadi suri di hatinya sehingga kini)..



kalau diikutkan mmg banyak yang x setuju dengan hubungan kita org sebab masa tu aku baru nak amik SPM dan keadaan yang agak ribut ketika itu..(yela..mana xribut..1 daerah pontian tau mengenai hubungan cinta di antara aku dan dia malah cikgu ishak juga baru di sekolah tu jadi asal usulnya xbanyak yang diketahui..kebanyakkan sekolah menelefon sekolah aku untuk mengesahkan kejadian ini. tapi pengetua aku ketika, ms. lim jit eng menjawab dengan berhemah dan meminta cikgu ishak supaya meredakan keadaan sehinggalah aku tamat SPM). perrggghhh..mmg aku tabik betulla ngan pengetua aku tu..xtaula kalau ada pengetua camtu lagi sekarang..hehehe..aku terlalu buntu untuk teruskan hubungan ni..jadi aku watla solat istikharah dan minta petunjuk sekiranya dia untukku, dekat2kanla dia denganku dan sekiranya bukan jodohku dengannya..jauh2kan aku dengannya..alhamdulillah..usai aku wat solat tu aku semakin mudah untuk berhubungan dengannya diikuti restu ayah dan ibuku(yang sememangnya aku xpenah sangka pon ayahku dengan mudah merestuiku..alhamdulillah).

dan seminggu selepas aku tamat SPM, aku telah ditunangkan dengannya dan 6 bulan seterusnya iaitu 25.6.2005 kami selamat disatukan..alhamdulillah..aku kini bahagia dengannya dan 2 orang permata hati kami iaitu firass serta nanish yang banyak menceriakan lagi kehidupan kita org berdua setelah mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan..