Thursday, October 14, 2010

JOM SAMBUNG TELENOVELA YANG TERHANGAT DI PONTIAN...



sesampainya kita org di KFC, kita org bertiga memilih untuk duduk di bahagian atas kerana berpendapat pandangan dari atas atas lebih menarik.. banyak yang kita org bualkan termasukla kekalahan kita org di pertandingan bahas... soalan2 jugak banyak berkisar tentang keadaan di pekan nanas dan latar belakang kita org..ntah la kenapa aku terasa sangat aritu(sebabnya cikgu ishak banyak bertanyakan pasal kawan aku yang sorang lagi ni) sampaikan ayam KFC yang memang kegemaran aku tu pon cam xselera nak abiskan..cikgu ishak tanyalah kat aku "eh anisa, napa xabis plak ayam tu..kalau xnak bagi je kat cikgu..""xpla cikgu, dah kenyang pon"(padahal perut tu bernyanyi2 xpuas ati sebab aku xkenyangkan dia..huh..

usai sudah makan kat KFC tu, kita org pon balik sebab dah petang sangat. makcik aku pon tertanya2..kenapalah agaknya cikgu2 bujang tu nak belanja kita org KFC. aku jawab jla xtau..hahaha..beberapa hari selepas tu barula cikgu ishak menelefon aku..mula2 nak sms je pastu dia tanya sama ada bolehke dia tepon aku..aku jawabla boleh(tapi dalam hati mmg tersangat2 boleh..hahaha). malam tu mmg terindah sangat bagi aku sebab ada cikgu bujang nak tepon aku..cayalah beb..hahaha..mmg xsangka2 betul..tapi malam tu masih menggunakan beberapa panggilan formalla seperti cikgu, saya, anisa dan pertanyaan mengenai hari2 persekolahan..

besoknya aku ceritalah semua kat kawan baik aku..hahaha..azzurita marzuki..dia sorang yang paling memahami aku sejak aku di tingkatan 1 lagi sampailah sekarang(timekasih bit..muaahhh)..tapi aku cakap ngan bit yang aku xmenaruh harapan(cam tajuk lagu zaiton sameon plak)..yela aku sedar diri..aku ni sapa..lagipon mungkin cikgu tu hanya memainje ke, dah ada tunang@ is3 kat kg ke..mana la aku tau kan..beberapa ari pastu..cikgu ishak tanya kalau nak jadi adik angkat dia.. k la..mmg aku suka sangat(suka kenapa ntah..hahaha)..panggilan yang agak formal(cikgu + anisa ) bertukar kepada yang xformal (abang + adik)..xsampai seminggu camtu cikgu ishak ajak upgrade kan hubungan tu menjadi pasangan kekasih(yeke?ye kot..hahaha)..disebabkan nak meyakinkan aku..dia tackle aku ngan 3 kuntum ros merah siap ada teddy bear kecik kat tengahnyer..aku ni plak yang xpenah dapat bunga ros(mmg kegemaran aku) menggigil siot. cam xcaya plak aku dapat bunga..hahaha..cikgu ishak kata 3 kuntum bunga ros tu bermakna "I LOVE U"..mmg best giler dapat bunga drpd cikgu..hehehe...dan panggilan itu bertukar lagi kepada abang + sayang(panggilan yang kekal sehingga aku sah menjadi suri di hatinya sehingga kini)..



kalau diikutkan mmg banyak yang x setuju dengan hubungan kita org sebab masa tu aku baru nak amik SPM dan keadaan yang agak ribut ketika itu..(yela..mana xribut..1 daerah pontian tau mengenai hubungan cinta di antara aku dan dia malah cikgu ishak juga baru di sekolah tu jadi asal usulnya xbanyak yang diketahui..kebanyakkan sekolah menelefon sekolah aku untuk mengesahkan kejadian ini. tapi pengetua aku ketika, ms. lim jit eng menjawab dengan berhemah dan meminta cikgu ishak supaya meredakan keadaan sehinggalah aku tamat SPM). perrggghhh..mmg aku tabik betulla ngan pengetua aku tu..xtaula kalau ada pengetua camtu lagi sekarang..hehehe..aku terlalu buntu untuk teruskan hubungan ni..jadi aku watla solat istikharah dan minta petunjuk sekiranya dia untukku, dekat2kanla dia denganku dan sekiranya bukan jodohku dengannya..jauh2kan aku dengannya..alhamdulillah..usai aku wat solat tu aku semakin mudah untuk berhubungan dengannya diikuti restu ayah dan ibuku(yang sememangnya aku xpenah sangka pon ayahku dengan mudah merestuiku..alhamdulillah).

dan seminggu selepas aku tamat SPM, aku telah ditunangkan dengannya dan 6 bulan seterusnya iaitu 25.6.2005 kami selamat disatukan..alhamdulillah..aku kini bahagia dengannya dan 2 orang permata hati kami iaitu firass serta nanish yang banyak menceriakan lagi kehidupan kita org berdua setelah mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan..


No comments: